Polis menahan seorang lelaki dipercayai mengambil beg tangan dari kenderaan wanita yang terlanggar keretanya di Kilometer 14.6 Lebuhraya Persekutuan semalam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, suspek ditahan bagi membantu siasatan selepas membuat laporan berkaitan kemalangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, kira-kira jam 6.30 petang.

Video yang tular di media sosial itu terjadi berikutan kemalangan yang berlaku jam 1.33 tengah hari, membabitkan tiga buah kenderaan. Wanita yang memandu kereta BMW dipercayai terlanggar kereta Proton Gen 2 susek menyebabkan ia terlanggar sebuah lagi kereta jenis Honda HRV di hadapan yang dipandu seorang wanita lain.

Tiada kecederaan dilaporkan dan kes disiasat mengikut Rule 10 LN 166/59. Baharudin menambah, polis turut membuka kertas siasatan berhubung tindakan lelaki berkenaan mengikut Seksyen 379/323 Kanun Keseksaan.

Klip video berdurasi satu minit 30 saat yang tular di media sosial, menunjukkan suspek meminta kad pengenalan wanita terbabit selepas kemalangan berlaku.

Suasana bertukar tegang dengan pertengkaran kemudian suspek dilihat merampas beg tangan wanita tersebut sebelum diletak di dalam keretanya. Saksi atau orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian diminta tampil bagi membantu siasatan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini