3 lelaki tempatan ditahan polis dalam 3 serbuan berasingan di kawasan Seberang Perai Selatan (SPS) dan Kuala Kurau, Perak, Rabu lalu.

Kesemua mereka yang berusia 34 hingga 53 tahun itu dipercayai terlibat dalam sindiket pengedaran dadah jenis heroin. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri, ACP Mohd. Shukhairy Abd. Sabhe berkata dalam serbuan itu pihaknya berjaya merampas dadah jenis heroin seberat 9.3kg bernilai RM120,000. 

Polis turut menyita wang tunai RM50,000 dan sebuah kereta bernilai RM80,000.

Siasatan mendapati ketiga-tiga lelaki itu merupakan ahli sindiket pengedaran heroin di sekitar Pulau Pinang dan Perak.

Hasil saringan air kencing mendapati  ketiga-tiga mereka  positif dadah.

Lelaki pertama direman sehingga 22 Jun bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Manakala dua lagi suspek disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1983.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini