Polis giat mengesan sebuah lori dipercayai terbabit dalam satu kemalangan maut di Bandar Chukai, Kemaman, Terengganu petang semalam. Kemalangan berlaku kira-kira pukul 1.39 petang di kilometer 152, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan ketika mangsa sedang dalam perjalanan ke Bandar Chukai.

Dalam kemalangan terbabit, mangsa Nur Qurratu Aini Mohd Azlan, 22 tahun maut di lokasi kejadian selepas motosikal ditunggangnya dipercayai telah bergesel dengan lori berkenaan.

Mangsa dikatakan terjatuh daripada motosikalnya ke atas kanan jalan sebelum digilis lori terbabit menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah pada kepala dan badan. Mangsa yang merupakan guru tadika meninggal di lokasi kejadian.

Lori terbabit dipercayai meneruskan perjalanan ke arah Kuantan, Pahang. Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Hanyan Ramlan ketika dihubungi meminta orang awam yang melihat kejadian tersebut supaya tampil memberi keterangan bagi membantu siasatan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini