Polis Thailand berjaya merampas 2.2 juta pil methamphetamine dan 11 kilogram dadah yang ditinggalkan penyeludup dadah di utara Chiang Rai berhampiran sempadan. Kumpulan penyeludup yang membawa trak pikap enggan berhenti di sebuah pusat pemeriksaan di daerah Mae Fah Luang.Apabila pasukan sokongan tiba, penyeludup meninggalkan trak pikap di daerah Mae Chan kira-kira tiga kilometer pusat pemeriksaan.Kumpulan penyeludup melarikan diri dan meninggalkan dadah dalam trak pikap tersebut. Anggota polis mendapati terdapat 2.2 juta pil methamphetamine dan 11 kilogram serbuk kristal dalam trak berkenaan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini