Polis terus mempertingkat kawalan di sempadan negara khususnya sempadan Malaysia-Thailand bagi mengekang penyeludupan ganja ke negara ini.
 
Ia susulan kebenaran penanaman ganja di rumah untuk kegunaan sendiri di Thailand bermula 9 Jun lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, keputusan negara jiran itu dilihat bakal memberi cabaran baharu kepada Malaysia untuk membanteras penyalahgunaan
dadah.

Beliau berkata demikian selepas Seminar Isu Sosial Masyarakat 2022 di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Durian Tunggal.

Dalam pada itu, bagi mengekang penyalahgunaan dadah, pihaknya telah mencadangkan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk memohon kepada
Jabatan Peguam Negara bagi meminda akta berkaitan dadah berikutan kewujudan dadah jenis baharu yang tidak tersenarai dalam akta berkenaan.
 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini