Sikap terpuji polis trafik Shah Alam menumpangkan ibu bersama tiga anak termasuk bayi berusia dua puluh hari menarik perhatian pengguna laman sosial. Keluarga berkenaan dibantu ketika menaiki motosikal dalam perjalanan pulang ke rumah di Kampung Melayu Subang. Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Baharuddin Mat Taib ketika dihubungi RTM mengesahkan perkara ini dan menyatakan ini merupakan satu sikap yang melambangkan polis dan rakyat berpisah tiada. Empat Anggota trafik yang sedang menaiki kenderaan jenis pajero sedang melakukan tugasan harian terserempak lalu menahan lima sekeluarga menaiki motorsikal di Seksyen 23. Atas dasar keperihatinan, anggota trafik mengambil langkah dengan menghantar ibu dan anak-anak keluarga itu pulang ke rumah.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini