Sindiket penipuan belian barang dalam talian tumpas apabila sebuah premis di Batu Ferringhi, Pulau Pinang diserbu polis.
17 lelaki dan enamĀ wanita warga Taiwan berusia dalam lingkungan 19 hingga 48 tahun diberkas.
Menurut Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain, 48 telefon bimbit termasuk 14 unit komputer riba dan pelbagai barangan lain dirampas.
Siasatan awal mendapati tiada akaun bank tempatan terlibat dalam proses belian dalam talian atau urusan transaksi.
Utama Jenayah