Berselindung di sebalik perniagaan bengkel besi, taktik sekumpulan lelaki yang menjadikan bengkel lokasi pertaruhan terbongkar.
 
Hasil serbuan sepasukan polis dari Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah di Tanah Merah Pendang Kedah itu, tujuh lelaki ditahan.

Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarulzaman Mamat berkata, kesemua suspek berusia lingkungan 45 hingga 66 tahun diberkas petang semalam di lokasi.

Menurut salah seorang daripada mereka, bengkel besi tersebut tidak beroperasi dan dijadikan sebagai lokasi pertaruhan judi terup oleh seorang kenalan pemilik premis terbabit.
 
Kesemua yang diberkas mengaku bertaruh RM200 setiap pusingan.
 
Hasil serbuan pihak polis turut merampas satu set daun terup mengandungi 52 keping kad serta wang tunai RM4,250 yang dipercayai hasil pertaruhan.

Kesemua suspek direman sehari dan disiasat mengikut Seksyen 6(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.
 
Kesemua mereka yang berkumpul di premis terbabit turut dikompaun kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini