Politik dalaman industri bola sepak negara menjadi cabaran getir yang perlu diatasi Scott O’Donell selepas dilantik sebagai Pengarah Teknikal baharu, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM). Pemerhati bola sepak tempatan, Mohd Sadek Mustafa berkata, O’Donell tidak disangkal lagi memiliki pengalaman luas dalam arena bola sepak Asia Tenggara.

Bagaimanapun, beliau  mempersoalkan sama ada bekas Pengarah Teknikal ‘Persekutuan Bolasepak Seluruh India (AIFF) itu akan diberi kebebasan untuk membentuk skuad Harimau Malaya mengikut acuannya yang tersendiri.

Jelas Mohd Sadek, politik dalaman yang berlaku daripada arena bola sepak negara telah banyak memberi kesan kepada perkembangan skuad Harimau Malaya sehingga FAM sendiri tidak boleh mengawalnya.

Antara contoh yang diberikan ialah dalam aspek pengurusan individu dan pasukan besar Liga Super yang dilihat keberatan untuk melepaskan pemain mereka menyarung jersi kebangsaan.

Justeru, masalah ini perlu ditangani dengan bijak oleh O’Donell jika mahu mengubah landskap bola sepak Malaysia.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini