Persatuan Olahraga Para Malaysia (POPM) tidak berniat untuk mengambil sebarang tindakan kepada sesiapa dalam isu kegagalan Malaysia mempertahankan pingat emas acara lontar peluru F20 di Tokyo.

POPM dalam kenyataan berkata, sebaliknya POPM menyanjung tinggi sikap kebertanggungjawaban Muhammad Ziyad Zolkefli serta jurulatihnya untuk terus berjuang dalam kejohanan akan datang.

Namun POPM akan sentiasa memberi peringatan kepada pengurusan pasukan termasuk jurulatih dan atlet supaya memberikan perhatian kepada tarikh dan tempoh masa pendaftaran sama ada sebelum sesuatu kejohanan mahupun semasa kejohanan berlangsung.

Jumaat lepas, Kementerian Belia dan Sukan memaklumkan Jawatankuasa Siasatan Dalaman yang ditubuhkan bagi merungkai isu tersebut merumuskan, Muhammad Ziyad dan Mohd Faizol tidak dapat membuktikan mereka sampai pada waktu ditetapkan, di bilik panggilan semasa hari pertandingan, pada Sukan Paralimpik Tokyo 2020.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini