Populasi Harimau Malaya berada pada tahap membimbangkan apabila jumlah spesies itu dilaporkan hanya kurang daripada 200 ekor di seluruh Semenanjung.Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Dr. A. Xavier Jayakumar berkata, jumlah itu berdasarkan dapatan terkini Survei Harimau Kebangsaan Pertama yang dijalankan dari 2016 hingga tahun lalu, dengan mengambil kira 75 peratus daripada 44,000 kilometer persegi plot kajian.Jelas beliau, sekiranya tiada tindakan drastik diambil bagi mengatasi masalah ini, dianggarkan dalam tempoh lima hingga 10 tahun Malaysia akan kehilangan spesies Harimau Malaya buat selama-lamanya.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini