Ahli demografi bebas China meramalkan penduduk negara itu dijangka bakal berkurangan, apabila data kelahiran menunjukkan penurunan berterusan.

Terdapat antara 9.5 juta hingga 10.5 juta bayi baru dilahirkan tahun ini, manakala purata kematian pula kira-kira 10 juta setahun.

Jika bilangan bayi baru lahir menghampiri had bawah ramalan, ini bermakna populasi akan mencatatkan pertumbuhan negatif.

Kerajaan China sebelum ini menghapuskan sekatan ke atas bilangan anak yang boleh dimiliki pasangan dan berjanji untuk meningkatkan sokongan terhadap keluarga, termasuk menjadikan kos untuk membesarkan anak lebih murah.

Begitupun, bilangan bayi baru lahir mungkin semakin menurun berdasarkan analisis data terkini menunjukkan penurunan mendadak.

Ogos lalu, penganalisis di Jefferies Financial Group Inc, menulis bahawa bilangan bayi baru lahir pada 2021 mungkin turun ke tahap paling rendah sejak tahun 1950. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini