Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menafikan khabar angin bahawa Program Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN) termasuk Akademi Bola Sepak Mokhtar Dahari (AMD) di Gambang, Pahang akan ditutup.

Setiausaha Agung FAM Mohd Saifuddin Abu Bakar berkata, PPBN yang dilancarkan pada 2014 dengan visi melahirkan pemain bola sepak bertaraf dunia secara konsisten itu akan tetap diteruskan.

Menurut Mohd Saifuddin, sebarang laporan mengenai penutupan  PPBN adalah tidak benar kerana FAM sentiasa memikirkan soal pembangunan jangka panjang.

Program ini juga melibatkan peranan pelbagai pihak termasuklah kerajaan, Majlis Sukan Negara (MSN) serta Kementerian Belia dan Sukan.

Sebelum ini, timbul khabar angin terdapat segelintir individu yang cuba melobi supaya PPBN ditutup, sekali gus menimbulkan keresahan dalam komuniti bola sepak tempatan terhadap hala tuju pembangunan bola sepak negara di peringkat akar umbi.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini