Persatuan Pengguna Islam Kelantan (PPIK) menawarkan diri untuk membantu kerajaan negeri meningkatkan kadar peratusan vaksinasi di Kelantan.

Yang Dipertua PPIK, Datuk Seri Dr Mohd Fared Abdul Ghani berkata, pihaknya terbuka untuk berbuat demikian memandangkan kadar vaksinasi lengkap di negeri itu di anggap masih rendah berbanding negeri lain.

Setakat ini, peratusan vaksinasi lengkap di Kelantan hanya sekitar 82 peratus bagi populasi dewasa biarpun kebanyakan negeri lain sudahpun melebihi 90 peratus.

Pihaknya mengenalpasti beberapa pendekatan kempen yang boleh di ambil untuk menarik lebih ramai rakyat di negeri itu tampil mengambil suntikan vaksin.

Mengulas lanjut, beliau berkata hasil pemerhatian dan beberapa siri turun padang bersama kelompok masyarakat selain golongan anti vaksin, terdapat juga individu yang enggan menerima suntikan kerana fobia terhadap jarum suntikan.
 
Justeru itu, beliau memohon kerajaan agar dapat mempertimbang penggunaan vaksin jenis CanSino kepada mereka kerana vaksin tersebut hanya melibatkan satu dos sahaja.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini