Aplikasi YAKIN, sebuah platform gaya hidup Muslim yang dibangunkan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dilihat mampu membantu pengguna mengenal pasti perkhidmatan yang mengelirukan dan bersifat penipuan.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Adham Baba berkata aplikasi itu akan membantu pengguna untuk lebih berwaspada sebelum menjalankan sebarang urusan, bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan.

Aplikasi YAKIN turut menyediakan ciri-ciri lain antaranya tasbih digital, waktu solat, arah kiblat, doa harian dan kalkulator zakat. Beliau berkata demikian pada sidang media majlis pelancaran Aplikasi ‘Yakin’ di Petaling Jaya.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini