Satu Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka di Perak pada pukul 1 tengah hari semalam.

Ia bagi menempatkan penduduk terjejas banjir di sekitar Changkat Jong, Teluk Intan.

PPS dibuka di Dewan Majlis Perbandaran Teluk Intan yang menempatkan 21 orang penduduk daripada lapan buah keluarga.

Tiga lokasi terjejas melibatkan Lorong Kedah, Lorong Sidang Osman dan Kampung Baru Batu 8.
 
Menurut Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Perak Noor Azam Johari, banjir berlaku berikutan limpahan air Sungai Sungkai, Sungai Sungkai Hidup dan Sungai Sungkai Mati ke kawasan-kawasan rendah di sekitar Changkat Jong.
 
Namun keadaan banjir beransur surut hari ini berbanding semalam.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini