4,000 penerima dos penggalak dijangka hadir pada hari pertama operasi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Integrasi di Ideal Convention Centre (IDCC) Shah Alam.

PPV itu akan beroperasi selama 2 bulan sehingga 15 Mac 2022.

Operasi PPV IDCC, Shah bermula 8 pagi hingga 9 malam.

Menurut Pengurus PPV IDCC Shah Alam, Dr Nur Es Nani Awaluddin, PPV berkenaan bakal menyumbang 40 peratus penerima dos penggalak secara keseluruhan.

150 petugas kesihatan dan sukarelawan akan membantu kelancaran program imunisasi berkenaan.

Selain di Shah Alam, tiga lagi PPV integrasi yang mula beroperasi hari ini di Lembah Klang ialah PPV World Trade Centre Kuala Lumpur, PPV Axiata Arena Bukit Jalil dan PPV Soka Gakkai, Klang.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini