Seorang pramugara bersama teman wanitanya direman empat hari bermula semalam bagi membantu siasatan kes pecah masuk sebuah kedai dobi layan diri di Gong Badak,Jumaat lalu. Tertuduh masing-masing berusia 39 dan 32 tahun itu ditahan di Petaling Jaya, Selangor, pada Isnin. Dalam kejadian tersebut, pasangan terbabit dikatakan memecah masuk kedai dobi melibatkan kerugian 30-ribu ringgit. Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini