Premis kerajaan disaran menggunakan seni ukiran Melayu dalam memartabatkan warisan negara. Menteri Perusahaan, Perladangan Dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin berkata usaha itu mampu mengembalikan kegemilangan seni ukir tradisional dan membantu mempromosi produk ukiran tempatan.

Tambah Datuk Zuraida, seni ukir juga boleh digunakan dalam dekorasi bangunan seperti pintu, peralatan dan perabot.

Secara tidak langsung ia dapat meningkatkan pendapatan kira-kira 850 pengukir seluruh negara. Beliau ditemui pemberita ketika melancarkan Pelan Strategik Pembangunan Industri Ukiran Kayu Negara 2021-2030 dan penyerahan mesin kepada pengusaha bumiputera dalam industri pembuatan bot di Besut, Terengganu. 

Lebih 300 pengukir turut hadir dalam sesi soal jawab yang berlangsung hampir satu jam. Pada majlis sama Datuk Zuraida turut meluluskan peruntukan RM1.5 juta bagi keperluan mesin ukiran kayu di Tengganu.


MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini