Berkuat kuasa 1 Julai ini, semua premis makanan di Selangor dilarang menyediakan penyedut plastik minuman kepada pelanggan. Larangan terbabit dipersetujui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada rabu lalu. Kenyataan EXCO Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Sains, Teknologi dan Inovasi dan Hal Ehwal Pengguna Hee Loy Sian berkata, pemilik premis hanya boleh memberikan straw kepada pelanggan atas permintaan sahaja. Dasar itu selaras Kempen Bebas Plastik yang sedang dijalankan untuk mengurangkan penggunaan plastik bagi meningkatkan kelestarian alam sekitar.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini