Presiden Afrika Selatan, Cyril Ramaphosa diuji positif COVID-19. Beliau yang hanya mengalami gejala ringan sedang menjalani kuarantin kendiri.

Ramaphosa yang telah lengkap vaksinasi mula berasa tidak sihat, selepas meninggalkan upacara pengebumian negara bagi bekas Presiden, FW de Klerk di Cape Town. Beliau telah menyerahkan semua tanggungjawab kepada Timbalannya, David Mabuza.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini