Presiden Kazakhstan, Kassym-Jomart Tokayev memecat keseluruhan kabinet kerajaannya susulan pergolakan yang melanda negara selepas ribuan rakyat mengadakan tunjuk perasaan membantah kenaikan harga bahan api. Timbalan Perdana Menteri, Alikhan Smailov akan mengambil alih tugas Perdana Menteri sehingga barisan Kabinet baharu diwujudkan.

Sebelum itu, Tokayev mengisytiharkan darurat di bandar terbesar Almaty dan wilayah barat selepas ribuan rakyatnya melakukan protes besar-besaran.

Protes bermula  sejak 2 Januari lalu apabila pemandu mengadakan tunjuk perasaan menentang kenaikan harga LPG di bandar Zhanaozen di Mangystau yang kemudiannya merebak ke bandar Aktau.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini