Presiden Mexico, Andres Manuel Lopez Obrador mengesahkan beliau dijangkiti COVID-19 untuk kali kedua dan mengalami gejala sederhana.

Menerusi kenyataan di Twitter, beliau memaklumkan akan menjalani proses pengasingan serta hanya menjalankan tugas seharian secara maya sehingga sembuh.

Terdahulu, pemimpin berusia 68 tahun itu hadir pada sidang media harian dan bersuara garau.

Pada sidang media itu, beliau yang tidak memakai pelitup muka memaklumkan akan melakukan saringan kesihatan.

Lopez Obrador dijangkiti COVID-19 kali pertama pada awal 2021 dan menerima vaksin AstraZeneca termasuk dos penggalak pada 7 Disember lalu.

Setakat Jumaat lalu, Mexico mencatatkan kadar kematian kelima tertinggi di dunia melepasi 300,000 kes.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini