Presiden Parlimen Eropah, David Sassoli, meninggal dunia awal pagi ini pada usia 65 tahun.

Jurucakapnya, Roberto Cuillo dalam ciapan di Twitter berkata, Sassoli meninggal dunia pada pukul 1.15 pagi di Pusat Rujukan Onkologi (CRO) di Aviano, Itali, tempat beliau menerima rawatan.

Sassoli dimasukkan ke hospital pada 26 Disember lalu di Itali kerana mengalami komplikasi serius berkaitan sistem imun.

Pada September tahun lalu, beliau dimasukkan ke hospital akibat radang paru-paru.

Ini mengakibatkan beliau tidak dapat mempengerusikan sesi pleno dan menghadiri mesyuarat peringkat tinggi selama berminggu-minggu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini