Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg beri bayangan penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Daro, Safiee Ahmad bakal dinamakan semula sebagai calon Pilihan Raya Umum DUN Sarawak ke-12.

Menurutnya, Safiee telah berkhidmat dengan baik dan tiada sebab beliau tidak boleh dicalonkan semula.

Beliau percaya rakyat Sarawak mahukan kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang kuat untuk menerajui negeri ke arah mencapai status negeri maju berpendapatan tinggi menjelang 2030. 
Datuk Abang Johari berkata demikian selepas menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Dewan Masyarakat Daro. 

Dalam ucapannya,beliau berkata, banyak pembangunan telah dilaksanakan di Daro.

Antaranya, pembinaan Jambatan Batang Lassa bernilai RM2 bilion bagi menghubungkan daerah itu dengan kawasan Sarikei dan Sibu. 

Kerajaan Negeri juga telah mengenal pasti industri pertanian dan agrikultur untuk dibangunkan di daerah itu. 

Bagi membolehkan industri itu dilaksanakan pada penghujung Rancangan Malaysia Ke-12, infrastruktur seperti jalan raya, jambatan, bekalan elektrik dan air perlu dibangunkan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini