Amerika Syarikat (AS) mengisytiharkan hampir kesemua pegawai dari Nicaragua termasuk Presiden Daniel Ortega dan isterinya tidak dibenarkan memasuki AS sebagai tindak balas terhadap perlakuan “penindasan dan cacian” yang didakwa dilakukan Nicaragua.

Presiden Biden dalam satu pengisytiharan berkata beliau memutuskan perkara itu demi kepentingan AS.

Biden turut melanjutkan operasi Akta Darurat Kebangsaan terhadap Nicaragua yang ditandatangani pada 2018, atas sebab yang sama seperti termaktub dalam pengisytiharan itu.

Nicaragua mengadakan pilihan raya presiden dan parlimen pada 7 November dengan Ortega memperoleh mandat untuk penggal keempat.

Sejak awal Jun, beberapa ahli politik dan aktivis pembangkang termasuk tujuh calon presiden telah ditahan di Nicaragua atas pelbagai tuduhan.

Pengkritik menuduh Ortega melakukan kekerasan terhadap pihak lawan menjelang pilihan raya.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini