Presiden Tunisia, Kais Saied bertindak memecat 57 hakim dan menuduh mereka melakukan rasuah serta melindungi pengganas.

Keputusan itu dibuat kerana mendapati hakim-hakim itu mengganggu siasatan kes pengganas, melindungi suspek pengganas, dan rasuah kewangan.

Perkara itu didedahkan pada mesyuarat Kabinet.

Sejurus selepas mesyuarat itu, perintah presiden yang dikeluarkan mengumumkan pemecatan barisan hakim berkenaan.

Antara yang dipecat ialah bekas Ketua Majlis Kehakiman Tertinggi, Youssef Bouzaker; dan Bachir Akremi.

Tunisia mengalami krisis politik sejak 25 Julai tahun lalu, apabila Saied memecat kerajaan, menggantung parlimen, serta mengambil alih kuasa eksekutif.

Ia satu tindakan yang dikritik pihak lawan dan disifatkan sebagai “rampasan kuasa”.

Beliau kemudian membubarkan parlimen pada Mac selepas Ahli Parlimen mengadakan sesi untuk membatalkan langkahnya itu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini