Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan berkata pada Sabtu, dia telah mengarahkan 10 orang duta asing yang menggesa pembebasan seorang aktivis disiytiharkan sebagai persona non grata. Duta asing tersebut termasuk dari Amerika Syarikat, Perancis dan Jerman sebelum ini mengeluarkan kenyataan menggesa penyelesaian kepada kes Osman Kavala yang ditahan di penjara sejak 2017.

Erdogan menyifatkan kenyataan itu sebagai kurang ajar dan mengarahkan duta asing tersebut diisytiharkan sebagai tidak diingini. Diplomat-diplomat tersebut telah dipanggil oleh Kementerian Luar pada Selasa.

Pengisytiharan sebagai persona non grata terhadap seorang diplomat bermakna individu tersebut diharamkan daripada terus berada di negara tuan rumah.

Kavala dibebaskan tahun lepas atas tuduhan berkaitan dengan tunjuk perasaan antikerajaan di seluruh negara pada tahun 2013 tetapi keputusan itu dibatalkan dan didakwa bersama dengan cubaan rampasan kuasa 2016.

Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah menggesa dia dibebaskan pada 2019, mengatakan pemenjaraannya bertindak untuk menutup mulutnya dan tidak disokong oleh bukti. Majlis Eropah mengatakan akan memulakan prosiding pelanggaran terhadap Turki pada akhir November sekiranya Kavala tidak dibebaskan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini