Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy dalam ucapan tahun baharu 2022 menegaskan beliau tidak gentar berdepan mana-mana ancaman negara luar.

Tegas beliau, ancaman tentera luar di sempadan negaranya tidak perlu dibimbangkan kerana Ukraine mempunyai tentera hebat yang  berjuang melindungi negara dan rakyat.

Ketika ini, Ukraine dihimpit ketegangan dengan Moscow selepas hampir 100,000 tentera negara jiran itu memenuhi sempadannya.

Ia dikaitkan dengan cubaan Rusia menyerang kedaulatan Ukraine hingga menimbulkan resah dalam kalangan negara kuasa besar lain.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini