Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA) menyarankan agar setiap pengusaha restoran mamak di seluruh negara mengekalkan harga makanan yang berpatutan kepada pelanggan.

Presiden Presma, Datuk Jawahar Ali Taib Khan berkata, saranan tersebut selari dengan tujuan utama mereka yang mementingkan tawaran harga berpatutan serta memberikan perkhidmatan terbaik.

Beliau ditemui pada sidang media khas di ibu pejabatnya di Sentul.

Presma turut memberi tempoh 7 hari kepada sebuah akhbar yang menyiarkan laporan berkenaan dakwaan wujudnya perniagaan kartel restoran mamak sehingga 6 Jun ini untuk meminta maaf.

Tegas beliau seandainya tiada maklum balas maka tindakan undang-undang akan diambil.

Pada masa pihaknya turut mengakui masih bergelut dengan isu kekurangan pekerja asing.

Pun begitu mereka tetap membuka peluang kepada pekerja tempatan untuk berkerja di restoren mereka namun jarang mendapat sambutan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini