Prestasi dagangan Malaysia akan mengekalkan momentum pertumbuhan kukuh untuk bulan seterusnya.

Pengarah Perhubungan Luar Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) Malaysia, Dr. Zokhri Idris optimis negara berada pada landasan tepat berdasarkan keberkesanan usaha menangani pandemik Covid-19.

Jelasnya, dagangan negara yang mencecah 2 trilion ringgit buat kali pertama untuk tempoh Januari hingga November tahun ini disifatkan perkembangan positif walaupun negara mengalami pelbagai cabaran. 

Varian Omicron COVID-19 juga dijangka tidak menjejaskan prestasi dagangan kerana kadar vaksinasi antarabangsa konsisten dan menggalakkan. 

Namun pembekal logisitik perlu sentiasa bersiap sedia agar penularan wabak tidak memberi kesan kepada pengeluaran sehingga menjejaskan pendapatan negara.

Baru-baru ini, Jabatan Perangkaan Malaysia memaklumkan dagangan negara berkembang kukuh sebanyak 24.6 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Selaras prestasi dagangan; eksport dan import turut mencatat pertumbuhan dua angka.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini