Prestasi eksport negara terus kukuh dengan merekodkan pertumbuhan 23.5 peratus kepada RM110.73 bilion.

Ini merupakan pertumbuhan dua angka bagi bulan keenam berturut-turut sejak Ogos 2021.

Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali  berkata, pertumbuhan eksport didorong peningkatan permintaan global terutama barangan elektrik dan elektronik serta minyak sawit dan produk berasaskan sawit.

Barangan eksport utama merangkumi elektrik dan elektronik, keluaran petroleum, kimia dan bahan kimia, masing-masing mencatatkan peningkatan eksport melebihi RM1 bilion.

Manakala, import meningkat 26.4 peratus kepada 92.32 bilion disokong kenaikan permintaan bagi barangan perantaraan, barangan modal dan barangan penggunaan.

Ini menjadikan lebihan dagangan berjumlah RM18.4 bilion dengan pertumbuhan 10.9 peratus.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini