Proton Holdings Bhd mencatat jualan sebanyak 114,708 unit kenderaan sepanjang 2021, sekali gus menjadi rekod tertinggi sejak 2014.

Ini menandakan tahun ketiga berturut-turut ia merekodkan pertumbuhan jumlah jualan, disebalik anggaran jumlah jualan keseluruhan industri (TIV) yang rendah.

Saga menjadi model paling laris terjual sepanjang tahun lalu sebanyak 42,627 unit diikuti X50, X70 dan Exora.

Jualan antarabangsa pula merekodkan 3,108 unit meningkat 100 peratus, menempatkan Proton sebagai jenama automotif terlaris dari segi eksport.

Menerusi penambahan aktiviti pasang siap di luar negara dan kelonggaran sekatan perdagangan, PROTON yakin penambahan jualan eksport akan berterusan bagi beberapa tahun lagi.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini