Beberapa institusi kewangan tampil menawarkan pakej bantuan untuk meringankan beban pelanggan individu dan perniagaan yang terkesan akibat banjir.

Ia melibatkan penangguhan ke atas pembiayaan, pengurangan jumlah bayaran bulanan atau lanjutan tempoh pembiayaan. Pelanggan boleh memohon Bantuan Banjir menerusi floodrelief@maybank.com.

Sementara itu, Ambank turut menawarkan moratorium ke atas pembiayaan sehingga enam bulan, bagi pelanggan yang layak termasuk untuk kemudahan kad kredit.

Kelonggaran pembayaran ansuran sehingga enam bulan turut ditawarkan oleh Bank Islam menerusi Bantuan Prihatin Banjir.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini