Prihatin dengan situasi semasa keharmonian rumahtangga Keluarga Malaysia, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mengilhamkan inisiatif PRIHATIN RUMAH TANGGA.
 
Menurut Menterinya Datuk Seri Rina Harun inisiatif itu membolehkan keluarga yang berhadapan gelora dan getir kehidupan berkeluarga dapat berhubung terus dengan kaunselor Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) bagi sesi kaunseling dan nasihat pakar.

Insiatif ini direalisasikan dengan memperkenalkan talian bebas tol Familycare@LPPKN, 1-800-820-300. Kementerian itu juga menyediakan khidmat sokongan psikososial yang dinamakan Pusat Sokongan Sosial Setempat.
 
Ia sebagai saluran alternatif perkhidmatan pertanyaan dan aduan di kawasan tumpuan masyarakat.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini