Pilihan Raya Kecil Parlimen Sandakan disifatkan sebagai PRK contoh setelah Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 yang lalu.Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Azhar Azizan Harun berkata, penyokong dan parti bertanding memperlihatkan tahap disiplin tinggi serta menghormati undang-undang pilihan raya membolehkan ia berlangsung lancar tanpa sebarang insiden. Sementara itu, mengulas peratusan keluar mengundi yang rendah sebanyak 54.4 peratus berbanding sasaran SPR 70 peratus Azhar berpendapat ia disebabkan pengundi berada di luar kawasan. Beliau bagaimanapun tidak menolak kemungkinan mempertimbangkan inisiatif untuk membenarkan pengundi di luar kawasan mengundi di lokasi tempat bertugas untuk memudahkan proses mengundi. Azhar ditemui media selepas pengumuman keputusan PRK Parlimen Sandakan di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi di Dewan Aktiviti Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Tiong Hua, Sandakan malam tadi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini