Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menzahirkan rasa terkejut dan tidak menyangka DAP akan menang besar’ di Sandakan. Katanya, walaupun peratusan keluar mengundi menurun, kemenangan kali ini menggambarkan rakyat masih mempercayai pemerintahan kerajaan baharu. Tambahnya, pujian harus diberikan kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang turun padang untuk pilihan raya kecil Parlimen Sandakan. Menurutnya, kemenangan itu perlu bagi memulihkan kedudukan Sabah dan Sarawak agar status negeri Borneo dapat dikembalikan dengan penuh bermaruah kepada negeri dan rakyat.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini