Pilihan Raya Kecil, PRK Sandakan. Proses pengundian awal berlangsung lancar dengan menyaksikan lebih 75-peratus daripada 270-pengundi awal, keluar mengundi, semalam. Ia bermula tepat 8 pagi di dua pusat mengundi, iaitu Rumah Kelab Ibu Pejabat Polis Daerah Sandakan dan Mes Pegawai Kanan Pasukan Polis Marin Sandakan, masing-masing ditutup pada 12 tengah hari dan 2 petang. Secara keseluruhan, Setiausaha SPR Datuk Mohamed Elias Abu Bakar berpuas hati dengan perjalanan proses pengundian awal bagi PRK Parlimen Sandakan.
Utama Edisi Semasa