89.90 peratus pengundi awal menunaikan tanggungjawab masing-masing, pada Hari Pengundian Awal PRU DUN Melaka Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Ikmalrudin Ishak memaklumkan,peratusan itu mewakili 10,390 pengundi, terdiri daripada anggota Tentera dan pasangan, serta anggota Polis.

Jumlah keseluruhan pengundi awal adalah seramai 11,557 orang. Proses pengundian di 31 pusat mengundi, berjalan lancar. SPR turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat menjayakan pengundian awal.              

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini