Calon-calon bertanding, turut menunaikan tanggungjawab masing-masing, pagi tadi.

Di Sekolah Kebangsaan Ramuan China Besar, Masjid Tanah Calon PN DUN Tanjung Bidara, Datuk Mas Ermieyati Samsudin, selesai mengundi kira-kira pukul 8.20 pagi. 

Sementara itu, Calon BN DUN Tanjung Bidara, Datuk Seri Abdul Rauf Yusoh,  selesai menjalankan tanggungjawab Mengundi di Pusat Pengundian Sekolah Kebangsaan Jeram pada 8.43 pagi.

Calon BN Dun Lendu, Datuk Seri Sulaiman Md Ali pula hadir mengundi di Sekolah Kebangsaan Durian Daun pada 8.40 pagi tadi.

Beliau hadir bersama isteri, Datin Seri Munira M. Yusop.

Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari menunaikan tanggunjawab di Sekolah Kebangsaan Durian Tunggal pada pukul 8.05 pagi.

Beliau merupakan pengundi DUN Durian Tunggal, hadir bersama isteri, Dalilah Awaluddin dan anak sulung,  Izny Adly.

PRU DUN Melaka ke-15, Adly bertanding bagi kerusi DUN Bukit Katil.

Calon bebas DUN Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee selesai mengundi di Sekolah Rendah Agama JAIM Taman Datuk Thamby Chik Karim kira-kira 9.30 pagi tadi.

Beliau tiba di di pusat mengundi ini, dengan menaiki motosikal kira-kira sembilan pagi dan menunaikan tanggungjawab di saluran tiga.

 Pusat Pengundian SJK(C) Lih Jen, Klebang Kecil menjadi lokasi mengundi bagi dua calon bertanding yang menetap di kawasan tersebut, namun bertanding di DUN lain.

Mereka adalah Calon BN Dun Sungai Udang, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad dan Calon PH DUN Asahan, Datuk Seri Idris Haron.

Datuk Seri Mohamad Ali tiba di pusat mengundi pada pukul 8.45 pagi dan mengundi di saluran 3.

Manakala, Datuk Seri Idris yang ditemani isterinya, Datin Seri Fadilah Abdullah, menunaikan tanggungjawab sebagai pemilih pada pukul 9 pagi di saluran 4.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini