Semua individu yang  hadir ke pusat pengundian 20 November ini perlu menjalani saringan suhu badan terlebih dahulu bagi memastikan mereka tidak bergejala.
 
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, bagi individu bergejala, mereka akan diasingkan di satu khemah yang dikendalikan petugas Kementerian Kesihatan (KKM).

Kemudahan alat pengimbas suhu akan sediakan di semua pusat pengundian dan setiap individu yang ingin mengundi perlu melalui saringan berkenaan bagi memudahkan petugas SPR untuk mengenalpasti individu yang bergejala.
 
Individu ini masih dibenarkan mengundi namun akan diuruskan oleh petugas kesihatan KKM.

Dalam pada itu, bagi pesakit Covid-19, individu yang diberi perintah pengawasan dan pemerhatian serta individu bergejala dan sedang dalam rawatan, kebenaran untuk keluar mengundi adalah tertakluk kepada KKM.
 
SPR akan mengemaskini Prosedur Operasi Standard  selaras dengan arahan terkini di bawah AKta Pencegahan dan pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini