16 kawasan panas atau ‘hotspot’ akan diberi tumpuan Polis pada hari mengundi.

Ketua Polis Melaka, Datuk Abdul Majid Mohd Ali berkata, polis akan memastikan kelancaran proses mengundi dan mengekang sebarang unsur kekacauan yang mungkin berlaku di kawasan-kawasan itu.

17 pasukan khas dikerah, di samping pasukan cantas, dua unit Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), dan satu unit pencegahan rusuhan (PORU) sentiasa bersedia.

Di samping itu, satu pasukan polis terlatih ‘crisis respons team’ juga akan diturunkan, bagi menangani bukan sahaja isu ketenteraman awam, malah keselamatan orang kenamaan serta masyarakat.

Datuk Abdul Majid berkata demikian ketika ditemui RTM di Bukit Beruang.

Beliau turut mengingatkan penyokong parti-parti bertanding, agar tidak melakukan provokasi, hingga boleh mencetuskan kekacauan.

Dalam pada itu, Datuk Abdul Majid menasihatkan pengundi sentiasa mematuhi SOP, bagi memastikan PRU DUN Melaka ini, tidak mencetuskan kluster COVID-19.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini