Proses pengundian PRU DUN Melaka, bermula 8 pagi tadi dengan 217 pusat pengundian dibuka, melibatkan seribu 109 saluran bagi membolehkan rakyat Melaka memilih kerajaan baharu.

Pengundian membabitkan 476,37 pengundi biasa daripada keseluruhan 495,195 pemilih berdaftar.

Usia serta pergerakan terhad akibat masalah kesihatan juga tidak menghalang pemilih menunaikan tanggungjawab. 

PRU DUN Melaka dengan 28 kerusi DUN, ditandingi 112 calon  melibatkan Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN), Pakatan Harapan (PH), Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Parti Perikatan India Muslim Nasional (IMAN) dan Bebas.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini