Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) sudah bersedia menyampaikan maklumat terkini dan sahih sepanjang Pilihanraya Umum, PRU DUN Melaka.
 
Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Ruzain Idris berkata, dengan persediaan lengkap beliau yakin orang ramai khususnya pengundi di Melaka boleh mendapatkan informasi yang sahih melalui RTM dari semasa ke semasa.

Beliau berkata demikian selepas meninjau persiapan bilik gerakan RTM bagi PRU DUN Melaka di RTM Melaka. Laporan mengenai PRU ini akan dikongsikan di semua saluran TV dan radio RTM.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini