Parti-parti kerajaan lebih bersikap terbuka dalam menghadapi Pilihan Raya Umum DUN Melaka kali ini dengan ruang sama rata diberi kepada semua parti termasuk parti lawan dalam kempen.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata pendekatan kempen parti-parti yang bertanding juga banyak bergantung kepada kreativiti masing-masing.

Kali ini parti kerajaan juga cukup berdisiplin kerana tidak melibatkan jentera kerajaan, program rasmi kerajaan tidak diadakan dan ini memberikan ruang sama rata antara calon kerajaan, pembangkang dan bebas.

Malah SOP yang ditetapkan sepanjang tempoh berkempen juga dilaksanakan secara adil kepada semua pihak.

Esok,476,037 pengundi biasa layak mengundi bagi PRU DUN Melaka.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini