Srikandi Bersatu menyerahkan enam nama calon tempatan untuk diketengahkan sebagai calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Ketuanya, Datuk Seri Rina Mohd Harun berharap senarai yang diberikan itu dapat diberi peluang untuk menjadi calon untuk berkhidmat kepada masyarakat negeri itu.

PRN Melaka diadakan susulan pembubarannya pada 4 Oktober lalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon PRU Dun Melaka pada 8 Nov 2021 manakala tarikh membuang undi pada 20 November 2021.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini