Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Abdul Ghani Salleh memaklumkan, Garis Panduan Pencegahan COVID-19 bagi PRU DUN Sarawak, sedang dikemas kini.

Ia akan diumumkan kepada orang ramai apabila garis panduan berkenaan telah dimuktamadkan.

Proses kemas kini itu melibatkan Kementerian Kesihatan Malaysia, Majlis Keselamatan Negara, Polis Diraja Malaysia DAN Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri.

SPR juga bercadang untuk memanjangkan tempoh masa pengundian dari pukul 7.30 pagi hingga 5 petang, berbanding pukul 8 pagi hingga 5 petang, pada PRU-14 lepas. Kempen “Jom Kita Undi” akan dilaksanakan Suruhanjaya berkenaan menerusi pelbagai platform media.

Ini bagi menggalakkan golongan pengundi untuk menunaikan tanggungjawab mereka pada hari mengundi. SPR menyasarkan 70 peratus pengundi akan keluar mengundi pada pilihan raya ini.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini