Menuju ke arah pendigitalan, beberapa produk dan perkhidmatan yang ditawarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) juga bakal beralih kepada penggunaan teknologi. Ketua Pengarah JPJ, Datuk Zailani Hashim berkata, pihaknya kini sedang berada di peringkat 50 peratus pelaksanaan termasuk pengumpulan maklumat dan penyediaan infrastruktur.

Antara perkhidmatan yang telah dilaksanakan adalah perkhidmatan permohonan nombor pendaftaran kenderaan melalui portal JPJeBID selain perkhidmatan JPJeQ untuk melancarkan urusan pelanggan di kaunter.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan majlis Penutupan Kursus Asas Pegawai Pengangkutan Jalan Bilangan 1/2021.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini