Produktiviti dan daya saing negara perlu terus dipertingkat untuk menarik pelaburan asing berkualiti bagi mewujudkan peluang pekerjaan berpendapatan tinggi kepada rakyat.

Demikian titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Baginda turut bangga kerana tindakan proaktif kerajaan dalam meningkatkan prestasi pelaburan dan perdagangan negara,  demi menjana pertumbuhan ekonomi yang lestari telah mendapat pengiktirafan dari institusi global.

Milken Institute Global Opportunity Index 2022 telah menobatkan Malaysia sebagai destinasi pelaburan yang paling menarik bagi pelabur- pelabur asing di kalangan ekonomi Asia Tenggara Baharu Muncul (Emerging Southeast Asian Economies). Baginda bertitah demikian pada Istiadat Pembukaan Penggal Kelima Majlis Parlimen Ke-14  di Parlimen.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini