Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijadual merasmikan Program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), hari ini.

Program empat hari itu bermula pukul 9 pagi hingga 10 malam dan dibuka kepada orang awam.

Program menampilkan galeri pencapaian kementerian, program bantuan, pameran kementerian dan agensi, persembahan kebudayaan, serta pameran dan jualan usahawan.

Lebih 130 kiosk melibatkan 31 kementerian dan 102 usahawan dibuka hingga Ahad ini.

Antara pengisian menarik ialah Karnival Kerjaya Keluarga Malaysia serta diskaun saman Jabatan Pengangkutan Jalan dan Polis Diraja Malaysia.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini